Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di Lebuhraya MEX

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di Lebuhraya MEX

Penyanyi itu cedera ringan pada bahagian kaki dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Siti Nurhaliza berada dalam keadaan selamat selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya MEX hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Biduanita negara Siti Nurhaliza Tarudin terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Siti Nurhaliza memaklumkan, beliau berada dalam keadaan selamat tanpa memperincikan kejadian yang berlaku.

Pengurusnya, Rozi Abdul Razak memaklumkan, penyanyi itu cedera ringan pada bahagian kaki dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Alhamdulillah, segalanya selamat dan terima kasih atas doa semua,” menurut Rozi.

Insiden itu tular di media sosial selepas beberapa pengguna berkongsi mengenai kejadian berkenaan termasuk gambar dipercayai kenderaan terlibat di lokasi kejadian.

Difahamkan, kemalangan tersebut melibatkan beberapa kenderaan dan berlaku ketika penyanyi itu dalam perjalanan pulang selepas selesai mengadakan persembahan di sebuah majlis di Sepang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.