
Beliau berkata, pendekatan itu selaras usaha kerajaan memperkukuh daya tahan ekonomi negara serta mengurangkan kebergantungan kepada faktor luaran.
Kenyataan itu susulan langkah Bank Dunia minggu lalu menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia kepada 4.4% berbanding 4.1% bagi 2026, meskipun persekitaran global kekal mencabar, termasuk konflik di Asia Barat.
Tengku Zafrul yang juga pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) berkata, perkembangan tersebut mencerminkan asas ekonomi negara yang kukuh, namun Malaysia tidak boleh berasa terlalu selesa.
“Apabila harga minyak dunia meningkat, kesannya turut dirasai melalui kenaikan kos barangan domestik. Dalam masa sama, ketegangan perdagangan global boleh menjejaskan peluang pertumbuhan negara.
“Justeru, fokus kita bukan sekadar mencatat pertumbuhan, tetapi memastikan ekonomi negara lebih berdaya tahan dan terpelbagai,” katanya menerusi hantaran di Instagram rasminya.
Beliau berkata, semakan naik unjuran Bank Dunia merupakan petanda positif, dengan masa depan ekonomi negara bergantung pada pelaksanaan langkah dan dasar semasa.