
Salim meluahkan rasa syukur kerana diterima kembali ke dalam parti dan berterima kasih kepada Presiden Umno Zahid Hamidi serta Majlis Kerja Tertinggi (MKT) kerana menarik balik penggantungannya tanpa syarat selepas tiga tahun.
“Saya menerima keputusan ini dengan penuh rasa syukur dan penuh keinsafan serta menyedari bahawa amanah besar sedang menanti demi perjuangan parti,” kata bekas Ahli Parlimen Jempol itu menerusi hantaran Facebook.
“Saya akan terus setia berkhidmat membantu memperkasakan dan merapatkan ukhwah Umno Jempol dengan lebih mantap. Inilah prinsip dan komitmen saya dari dulu, kini dan selamanya.”
Pada November 2024, Salim menyuarakan harapan agar rayuannya untuk diterima semula sebagai ahli Umno diluluskan, susulan penarikan balik penggantungan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman.
Terdahulu, Salim digantung keahlian selama enam tahun pada Januari 2023 atas dakwaan melanggar disiplin parti.
Pada Jumaat, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan bahawa parti itu telah menerima semula lebih 6,000 bekas pemimpin dan ahli, termasuk bekas ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan bekas ahli MKT Syed Hamid Albar.
Parti itu turut menarik balik penggantungan enam tahun bekas naib presiden Hishammuddin Hussein.