
Ketua Polis Setiu Mohd Zain Mat Dris berkata mangsa Suraya Hassan, 22, yang berasal dari Batu Pahat, Johor bersama tujuh lagi rakannya dari universiti sama berkunjung ke kawasan perkelahan berkenaan.
Beliau berkata polis menerima panggilan kecemasan kira-kira 1.48 tengah hari memaklumkan tentang kejadian itu.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mereka sedang mandi. Mangsa bersama seorang lagi rakannya Nur Najwa Farina Mohamed mendapati rakan yang dikenali sebagai Adilah hampir lemas.
“Mereka berdua bertindak cuba menyelamatkan Adilah namun Suraya lemas manakala Najwa hampir lemas tetapi sempat diselamatkan,” katanya dalam kenyataan.
Zain berkata mangsa yang selamat dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Setiu dan dirawat sebagai pesakit luar manakala mayat Suraya dihantar ke Unit Forensik hospital sama untuk bedah siasat.