Warden sepenuh masa di 58 MRSM mulai tahun depan

Warden sepenuh masa di 58 MRSM mulai tahun depan

Warden terdiri daripada bekas anggota beruniform wajib lalui latihan untuk fahami Falsafah Pendidikan Mara, kata Asyraf Wajdi Dusuki.

mrsm balik pulau
Tahun lepas, Mara mula melaksanakan projek rintis pelantikan veteran tentera sebagai warden di dua MRSM bagi tempoh enam bulan. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Warden sepenuh masa akan ditempatkan di 58 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara mulai tahun depan, menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, warden sepenuh masa itu terdiri daripada bekas anggota beruniform, yang dipilih menerusi saringan yang ketat, dan wajib melalui latihan bagi memahami Falsafah Pendidikan Mara.

“Guru-guru tidak perlu lagi terbeban dengan tugas warden, hanya fokus mengajar, mendidik dan kemenjadian pelajar,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tahun lepas, Mara melaksanakan projek rintis pelantikan veteran tentera sebagai warden di dua MRSM bagi tempoh enam bulan.

Asyraf berkata, inisiatif yang bertujuan menangani kes buli dan mengurangkan beban guru itu akan diperluas ke seluruh negara sekiranya pelaksanaannya menunjukkan hasil positif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.