
Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki berkata sambutan awal terhadap sistem baharu itu amat menggalakan.
“Tak sampai 24 jam sistem baru pendaftaran online dimuat naik, sudah 3,716 ahli baharu yang majoritinya di kalangan anak muda mendaftar.
“Terima kasih semua kerana sudi bersama dalam perjuangan suci ini,” katanya di Facebook.
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno membuat pindaan terhadap peraturan keahlian dengan membolehkan pendaftaran secara dalam talian bagi mempermudah kemasukan ahli baharu terutama dalam kalangan anak-anak muda.
Pindaan berkenaan dibuat selepas tinjauan oleh Pemuda dan Puteri Umno mendapati ramai golongan muda berminat menyertai parti itu.