
Memorandum persefahaman dengan SwissP Defence AG, iaitu sebuah pengilang dan pembekal yang pakar dalam peluru kaliber kecil berprestasi tinggi untuk kegunaan ketenteraan dan penguatkuasaan undang-undang, ditandatangani di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2026 di Kuala Lumpur.
Majlis itu disaksikan Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.
Dalam kenyataan, Pengarah Urusan Maruss Syafiq Razi, berkata memorandum persefahaman (MoU) tersebut akan membolehkan syarikat berkenaan memperoleh potensi hak eksklusif bagi komponen peluru berprestasi tinggi di negara ini.
Syafiq berkata, ‘pakatan strategik’ itu selaras dengan Dasar Industri Pertahanan Negara 2026.
“Melalui kolaborasi strategik, termasuk perkongsian dengan SwissP Defence AG, kami sedang memperkukuh keupayaan Malaysia dalam pembuatan peluru bagi memastikan industri ini kekal berdaya tahan, kompetitif, dan kalis masa hadapan,” katanya.
Ketua Pegawai Komersial SwissP, Christopher Leitner, berkata mereka menganggap Maruss sebagai ‘rakan pengeluaran tempatan yang bertepatan’ di Malaysia.
Leitner berkata, SwissP juga mengiktiraf asas pelanggan Maruss yang teguh dan sentiasa kembali menggunakan khidmat mereka.
“Dengan kepakaran dan kualiti SwissP yang telah terbukti selama 163 tahun, kami yakin dapat membawakan teknologi kami untuk memperkukuh lagi serta menyokong kehadiran pasaran Maruss di peringkat tempatan,” katanya.