KPDN panggil 10 syarikat jelaskan kenaikan harga

KPDN panggil 10 syarikat jelaskan kenaikan harga

Mereka diminta mengemukakan maklumat lengkap berhubung justifikasi kenaikan harga yang dilaksanakan.

kpdn
KPDN minta 10 syarikat kemuka maklumat lengkap berhubung justifikasi kenaikan harga yang dilaksanakan.
PETALING JAYA:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memanggil 10 syarikat supaya menjelaskan kenaikan harga, dalam keadaan ekonomi ketika ini yang terkesan dengan konflik di Asia Barat.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Azman Adam berkata syarikat-syarikat berkenaan, yang tidak dinamakan pada peringkat ini, diminta mengemukakan maklumat lengkap berhubung justifikasi kenaikan harga yang dilaksanakan.

“Setiap syarikat yang dipanggil perlu membuktikan mengapa kenaikan harga itu perlu dilakukan. Kita mahu pastikan tidak berlaku elemen pencatutan dan harga yang ditawarkan kekal pada tahap munasabah,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Azman berkata kertas siasatan akan dibuka sekiranya analisis mendapati wujud unsur pencatutan.

Dalam pada itu, Azman memaklumkan 131 kes berkaitan pencatutan dihasilkan sepanjang 2025, manakala 19 kes direkodkan setakat ini dengan nilai kompaun berjumlah RM142,000 bagi tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.