
Pemangku Ketua Polis Dungun, Jumaidy Bah Chong Weh, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 12.30 tengah hari semalam.
Katanya, siasatan awal mendapati lelaki yang menunggang motosikal itu melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita berusia 18 tahun yang juga penuntut universiti tersebut, sebelum melarikan diri.
Menurutnya, polis turut mengesan satu video tular dipercayai berkaitan kejadian sama dan usaha mengesan saksi serta individu terlibat giat dijalankan bagi membantu siasatan.
“Polis memandang serius kejadian ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang perlakuan tidak bermoral yang mengganggu keselamatan awam,” katanya dalam kenyataan, menurut Bernama.
Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Dungun atau balai polis berhampiran.