
Keputusan itu disampaikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurainizatul Farhana Zainal kepada Mahkamah Majistret hari ini.
Majistret Nurul Izzah Hassan Basri kemudian menetapkan pengurusan kes pada 29 Mei ini.
Dalam representasi difailkan awal tahun ini, Wee memohon pihak pendakwaan menggugurkan pertuduhan di bawah Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, atau mengurangkannya kepada pertuduhan lebih ringan.
Januari lalu, Wee mengaku tidak bersalah atas kesalahan memiliki 0.78g sildenafil dan pertuduhan pindaan memiliki 1.57g methamphetamine.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik di Hotel Banyan Tree, Jalan Conlay, pada 22 Okt 2025.
Sildenafil ialah bahan terkawal yang biasa ditemui dalam ubat mati pucuk.
Wee ditahan di sebuah hotel di ibu negara sejurus selepas melaporkan kematian pempengaruh Taiwan, Hsieh Yun Hsin.