DUN Perlis mula bersidang 3 Jun

DUN Perlis mula bersidang 3 Jun

Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah berkata penetapan tarikh baharu itu telah diperkenankan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah berkata beliau memohon sidang DUN Perlis dari 21 hingga 23 April lalu ditunda bagi merangka hala tuju kepimpinan negeri itu. (Gambar Bernama)
KANGAR:
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis penggal keempat yang ditangguhkan sebelum ini ditetapkan semula pada 3 hingga 5 Jun ini.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, berkata penetapan tarikh baharu itu telah diperkenankan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Beliau berkata, kerajaan negeri sedang merangka hala tuju kepimpinan, termasuk penubuhan jawatankuasa peneraju atau jawatankuasa perancang Perlis maju yang akan diumumkan dalam penggulungan sidang DUN nanti.

“Kita sedang menyusun hala tuju untuk ekonomi, pelancongan, agama, pendidikan dan sebagainya. Fokus kepada hala tuju itu mengambil masa, (sebab itu) saya memohon dan mencadangkan pindaan tarikh dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

“Jadi, saya yakin dengan tarikh baharu yang telah diperkenankan iaitu 3 hingga 5 Jun, persiapan untuk kita umumkan hala tuju pembangunan ekonomi Perlis akan dibentangkan pada sidang DUN nanti.”

Terdahulu, surat pemakluman penangguhan sidang DUN Perlis yang sepatutnya berlangsung dari 21 hingga 23 April itu dikeluarkan 17 April lalu, sebelum ia tular di media sosial hingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.