Lelaki ditemui lemas selepas 3 hari terjatuh sungai

Lelaki ditemui lemas selepas 3 hari terjatuh sungai

Angkatan Pertahanan Awam berkata mayat mangsa ditemui pada hari ketiga SAR semalam di kolam takungan dekat Masjid Al-Qurtubi di Taman Sri Segambut.

lemas
Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat mangsa kira-kira 4km dari lokasi lelaki itu dilaporkan terjatuh. (Gambar APM)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditemui lemas selepas tiga hari dilaporkan terjatuh ke Sungai Keruh, Kepong, Rabu lalu.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Lumpur berkata, satu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dari APM Sentul dikerah ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.27 petang.

“Pasukan SAR mengambil masa tiga hari dan kawasan pencarian meliputi Sungai Keruh, Sungai Gombak dan Sungai Klang, menjadikan radius pencarian sejauh 16km.

“Mayat mangsa ditemui pada hari ketiga SAR semalam di kolam takungan berhampiran Masjid Al-Qurtubi di Taman Sri Segambut,” katanya menurut Harian Metro.

Jelasnya, mayat mangsa ditemui kira-kira 4km dari lokasi dia dipercayai terjatuh di Jalan Kuang Bulan, Kepong.

Menurutnya, identiti sebenar mangsa tidak dapat disahkan APM dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.