
LHDN memaklumkan pendekatan itu merupakan langkah proaktif ke arah projek rintis pra pengisian maklumat pelepasan cukai berasaskan data transaksi e-invois ke dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2026.
“Bagi tujuan mendapatkan e-invois, pembeli perlu mengemukakan maklumat nombor pengenalan diri atau nombor pengenalan cukai (TIN) kepada penjual bagi membolehkan e-invois dapat dikeluarkan dengan tepat,” katanya dalam kenyataan.
“Antara perbelanjaan yang berpotensi (untuk diisi awal) termasuklah pembelian komputer peribadi atau telefon pintar, perbelanjaan berkaitan gaya hidup, insurans dan yuran taman asuhan kanak-kanak serta kategori pelepasan lain yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.
LHDN memaklumkan penggunaan e-invois bukan sahaja memudahkan pembeli dalam aspek pengurusan dan penyimpanan rekod, malah semakan juga boleh dilakukan melalui Portal MyInvois bagi setiap transaksi perbelanjaan serta pelepasan cukai.
Pembayar cukai boleh menghubungi LHDN di pejabat LHDN, meja bantuan e-invois LHDN melalui talian 03-8682 8000, MyInvois Live Chat dan e-mel [email protected] bagi mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat lanjut berkaitan e-invois.