
Pelantikan itu dibuat susulan keluarnya Usno daripada GRS. Presiden Usno Pandikar Amin Mulia sebelum ini memegang jawatan timbalan pengerusi dalam gabungan tersebut.
Empat timbalan pengerusi GRS yang lain kekal, iaitu Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Joachim Gunsalam, Anifah Aman (Parti Cinta Sabah), Liew Yun Fah (Parti Harapan Rakyat Sabah) dan Chin Su Phin (Parti Liberal Demokratik).
Jawatan setiausaha agung GRS yang sebelum ini disandang Masidi kini diisi oleh Ahli Parlimen Papar dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali, yang sebelum ini merupakan timbalan setiausaha agung gabungan itu.
Sementara itu, Ketua penerangan PBS Joniston Bangkuai pula dilantik semula sebagai ketua penerangan GRS.
Gabungan itu turut melantik dua muka baharu dalam kepimpinan tertingginya, dengan Lo Su Fui (PBS) mengambil alih jawatan bendahari agung daripada Ardino Diris.
Lo, yang juga Ahli Parlimen Tawau, turut memegang jawatan timbalan menteri Wilayah Persekutuan serta timbalan bendahari agung PBS.
Satu lagi muka baharu dalam barisan kepimpinan GRS ialah Setiausaha Agung PGRS Razali Rali yang menggantikan Armizan sebagai timbalan setiausaha agung GRS.