
Ketua menteri Melaka itu berkata langkah tersebut susulan prestasi serta komitmen semua wakil rakyat sedia ada sepanjang perkhidmatan.
“Generasi baharu yang dipilih penggal lepas kebanyakannya berusia bawah 50 tahun dan masih mampu meneruskan perkhidmatan terbaik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Sekalung Budi Pesara Bomba sempena Sambutan Hari Bomba Sedunia peringkat Parlimen Masjid Tanah di sini hari ini.
Mengenai pemilihan calon, Rauf berkata masih terlalu awal untuk memuktamadkan senarai individu yang akan dikekalkan atau sebaliknya.
“Untuk memikirkan siapa yang ada dan siapa yang tiada, itu belum tiba masanya. Senarai calon dah lama saya pendekkan. Saya tak pernah panjangkan nama calon ini, jadi tunggu masa untuk kita umumkan,” katanya.
Sementara itu, berhubung kemungkinan Melaka mengadakan PRN serentak dengan Johor, beliau berkata situasi politik di setiap negeri adalah berbeza dan memerlukan penelitian sewajarnya.
“Suasana di Johor dan Melaka tidak sama, begitu juga suasana di Melaka dan Malaysia secara keseluruhan. Kita akan memikirkan cara terbaik bagaimana Melaka boleh berdiri di atas kaki sendiri,” katanya.
Penggal DUN Melaka ke-15 akan berakhir pada Disember, sekali gus membuka laluan kepada PRN.