3 didakwa serang pelanggan restoran dengan senjata di Kepong

3 didakwa serang pelanggan restoran dengan senjata di Kepong

Mahkamah menolak jaminan terhadap Wong Weng Luen, Lai Kae Bin dan Wan Ken Fei, yang kesemuanya mengaku tidak bersalah.

Tiga Lelaki Cina
Wong Weng Luen, Lai Kae Bin dan Wan Ken Fei didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau cara berbahaya terhadap Andrew Teh sekitar 2 pagi pada 7 Mei.
KUALA LUMPUR:
Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyerang seorang pelanggan menggunakan senjata di sebuah restoran di Kepong minggu lalu.

Wong Weng Luen, Lai Kae Bin dan Wan Ken Fei, berusia antara 29 hingga 48 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noridah Adam.

Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau cara berbahaya ke atas Andrew Teh, 47, di Restoran Hing Kee Bakuteh di Jalan Kepong sekitar 2 pagi pada 7 Mei.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan.

Mahkamah menolak permohonan jaminan oleh peguam tertuduhw S Narasimhan dan menetapkan 15 Jun untuk penyerahan dokumen.

Narasimhan sebelum itu merayu agar mahkamah menggunakan budi bicara dan membenarkan jaminan walaupun kesalahan itu tidak boleh dijamin.

“Walaupun berita mengenai kes ini telah tular, ia tidak secara automatik menafikan hak jaminan kepada tertuduh. Jika tidak, ia boleh dianggap sebagai perbicaraan oleh media,” katanya.

Beliau berhujah bahawa tertuduh tidak akan melarikan diri atau mengganggu saksi, akan hadir ke prosiding mahkamah seperti yang dikehendaki, dan bersedia mematuhi syarat tambahan termasuk melapor diri secara berkala di balai polis sehingga kes selesai.

Narasimhan berkata ketiga-tiga lelaki itu — seorang tukang kayu, juruelektrik dan pekerja rumah mayat — juga telah bekerjasama dengan polis sepanjang siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.