Industri diseru serap graduan TVET, kurang bergantung warga asing

Industri diseru serap graduan TVET, kurang bergantung warga asing

Kerjasama dengan institusi TVET penting bagi memastikan industri pembinaan mempunyai bekalan tenaga kerja tempatan yang mahir dan berdaya saing.

Seramai 150 graduan menerima Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) pada Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia dan CIDB Technologies Wilayah Sabah. (Gambar CIDB)
PETALING JAYA:
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menyeru pemain industri memperluas kerjasama dengan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyerap lebih ramai graduan tempatan, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

Pengurus Besar Kanannya Suhaimi Mansor berkata langkah itu penting bagi memastikan industri pembinaan negara mempunyai bekalan tenaga kerja mahir yang mencukupi, kompeten dan berdaya saing.

“Latihan TVET pembinaan terus diperkukuh melalui keseimbangan teori dan praktikal, selain pendedahan kepada teknologi moden bagi memastikan graduan kekal relevan dengan keperluan industri yang semakin berkembang.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia dan CIDB Technologies Wilayah Sabah, yang turut menyaksikan CIDB mengumumkan dua belia Sabah sebagai penerima Anugerah Ikon TVET Pembinaan CIDB.

Dua penerima itu ialah Syahril Mohd Ariffin dan Richard Jupilin.

Pada majlis itu, seramai 150 graduan menerima Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) dalam pelbagai bidang kemahiran.

Ia termasuk operasi kren, pemasangan perancah, pemasangan elektrik, penyaman udara, kerja bata, draf seni bina serta operasi jentera berat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.