Kadar Dividen tinggi, Simpan SSPN instrumen simpanan pendidikan terunggul

Kadar Dividen tinggi, Simpan SSPN instrumen simpanan pendidikan terunggul

Simpan SSPN menjadi pilihan kerana menawarkan pelbagai keistimewaan antaranya pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma ke atas pendeposit, Geran Sepadan percuma sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dijamin oleh kerajaan dan patuh syariah.

PTPTN announced a 4.10% dividend for Simpan SSPN in 2025-
PTPTN umum dividen Simpan SSPN 2025 pada kadar 4.10% yang tertinggi dalam tempoh 11 tahun.
KUALA LUMPUR:
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai instrumen simpanan pendidikan terunggul menerusi dividen 4.10% bagi tahun 2025, tertinggi dalam tempoh 11 tahun terakhir.

Kadar dividen itu bukan sahaja lebih tinggi berbanding 4.05% pada 2024, malah dilihat kompetitif berbanding pulangan yang ditawarkan institusi kewangan lain khususnya dalam keadaan pendeposit turut menikmati pelbagai manfaat tambahan menerusi skim berkenaan.

Norliza Abdul Rahim
Norliza Abdul Rahim.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Norliza Abdul Rahim berkata agihan dividen Simpan SSPN 2025 itu melibatkan anggaran peruntukan RM505.68 juta dan akan memberi manfaat kepada 6.07 juta akaun pendeposit di seluruh negara.

Jelasnya, kadar dividen 4.10% itu juga menunjukkan pulangan bersih pelaburan yang positif, termasuk apabila dibandingkan dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia yang kekal pada 2.75% sepanjang 2025.

Menurut Norliza, pencapaian itu mencerminkan kecekapan pengurusan dana simpanan secara efektif, berlandaskan tadbir urus cemerlang, berintegriti dan strategik bagi memastikan pulangan optimum kepada pelanggan.

“Strategi pengurusan risiko yang berkesan serta pemilihan portfolio pelaburan yang strategik dalam simpanan tetap jangka panjang dan sukuk telah berjaya meningkatkan pulangan pelaburan,” katanya mengumumkan dividen Simpan SSPN 2025 baru-baru ini.

Pada 2025, Simpan SSPN mencatatkan jumlah deposit RM3.33 bilion, meningkat RM154.10 juta atau 4.86% berbanding RM3.17 bilion pada tahun sebelumnya.

Lebih 500,000 akaun baharu turut dibuka pada tahun lalu, menjadikan keseluruhan deposit diterima sehingga 31 Dis 2025 berjumlah RM23.88 bilion.

Norliza berkata pencapaian itu juga membuktikan keyakinan masyarakat terhadap Simpan SSPN terus kukuh, selain mencerminkan kesedaran masyarakat untuk merancang kewangan pendidikan tinggi anak-anak sejak awal.

Beliau berkata Simpan SSPN bukan sekadar menawarkan pulangan dividen, tetapi turut memberi nilai tambah kepada pendeposit melalui pelbagai keistimewaan yang menjadikannya pilihan lengkap untuk simpanan pendidikan.

Katanya, antara manfaat lain ialah perlindungan takaful percuma ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, jaminan kerajaan
serta patuh syariah.

Paling menarik, Simpan SSPN merupakan satu-satunya produk simpanan yang memberikan keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun,” katanya.

Di bawah Belanjawan 2025, kerajaan turut memperluaskan kriteria pemberian Geran Sepadan melalui Inisiatif Geran Padanan Ihsan (GAPAI).

Norliza berkata perluasan itu membolehkan keluarga berpendapatan melebihi RM4,000 hingga RM6,000 memohon Geran Sepadan sehingga RM5,000 bagi satu keluarga untuk akaun Simpan SSPN Prime, tertakluk kepada syarat ditetapkan.

Selain itu, PTPTN turut menganjurkan Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai hampir RM1.4 juta kepada 954 pemenang sepanjang tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2026.

Norliza berkata kadar dividen kompetitif itu diharap dapat menarik lebih ramai pendepositnbaharu untuk menjadikan Simpan SSPN sebagai pilihan utama simpanan pendidikan anak-anak.

“Saya berharap kadar dividen yang kompetitif ini akan terus menarik minat lebih ramai pendeposit baharu untuk menabung dalam Simpan SSPN dan meningkatkan motivasi pendeposit sedia ada untuk menambah simpanan masing-masing.

“Saya optimis Simpan SSPN akan terus kekal unggul sebagai produk simpanan pendidikan pilihan utama masyarakat bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak,” katanya.

Muat turun aplikasi myPTPTN atau layari atau ikut semua platform rasmi PTPTN untuk maklumat lanjut mengenai Simpan SSPN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.