Malaysia tunggu siasatan lanjut dakwaan rakyat ditahan di Makkah

Malaysia tunggu siasatan lanjut dakwaan rakyat ditahan di Makkah

Terdahulu dilaporkan lima rakyat Malaysia ditahan selepas didapati cuba masuk Makkah tanpa permit haji melalui kawasan berbukit dan lembah.

Menteri agama Dr Zulkifli Hasan berkata, pihaknya masih tunggu maklumat lanjut berhubung dakwaan 5 rakyat Malaysia cuba masuk Makkah tanpa permit. (Gambar Bernama)
JEDDAH:
Malaysia masih menunggu hasil siasatan pihak berkuasa Arab Saudi berhubung dakwaan lima rakyat yang telah ditahan kerana cuba memasuki Makkah tanpa permit haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu.

“Kita masih menunggu siasatan,” katanya ringkas kepada pemberita selepas Simposium Haji Perdana 2026.

Terdahulu, sebuah portal berita Arab Saudi melaporkan lima rakyat Malaysia ditahan oleh pasukan keselamatan negara itu selepas didapati cuba memasuki Makkah tanpa permit haji melalui kawasan berbukit dan lembah.

Menurut laporan itu, Direktorat Jeneral Mujahideen Arab Saudi memaklumkan kesemua individu ditahan kerana melanggar peraturan musim haji 1447H sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

Pihak berkuasa Arab Saudi turut mengingatkan semua jemaah dan penduduk supaya mematuhi peraturan serta prosedur yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan operasi haji musim ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.