
Tentera udara berkata pesawat jenis F/A-18D Hornet itu mengalami masalah enjin semasa penerbangan pulang setelah latihan waktu malam di Kota Belud, Sabah.
Katanya, juruterbang melaksanakan tatacara keselamatan semasa kejadian, dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebagai langkah keselamatan. Pesawat mendarat dengan selamat pada 7.47 malam.
“Tentera udara mengaturgerakkan pasukan teknikal ke KKIA bagi melaksanakan proses pemeriksaan dan bantuan teknikal ke atas pesawat berkenaan,” menurut kenyataan.
Tentera udara memberi jaminan bahawa keselamatan operasi penerbangan sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap pelaksanaan misi dan latihan.