
“Setakat ini, semua dalam keadaan baik, walaupun enam peserta, termasuk lima lelaki mengalami kecederaan dan perlu pemeriksaan kesihatan,” katanya menurut Berita Harian.
Semalam, media melaporkan semua 428 aktivis kemanusiaan GSF 2.0, termasuk 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel di perairan antarabangsa sudah dibebaskan.
Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Sani Araby Abdul Alim Araby dilaporkan berkata, pihaknya dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bahawa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menghantar tiga pesawat Turkish Airlines ke Lapangan Terbang Ramon di Israel.
SNCC menjangkakan delegasi Malaysia akan pulang ke tanah air esok dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Ahad ini.