BN Johor adakan konvensyen 14 Jun

BN Johor adakan konvensyen 14 Jun

Pengerusi Onn Hafiz Ghazi berkata konvensyen itu bagi memperkukuh kesatuan dan hala tuju gabungan.

Onn Hafiz Ghazi
Pengerusi Onn Hafiz Ghazi umum BN Johor akan mengadakan konvensyen, ketika negeri itu menuju PRN. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Barisan Nasional (BN) Johor akan mengadakan konvensyen pada 14 Jun bagi memperkukuh gabungan itu, kata pengerusinya, Onn Hafiz Ghazi.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat BN Johor, menurut hantaran beliau di Facebook hari ini.

“Hasil mesyuarat bersetuju bahawa Konvensyen Barisan Nasional Johor akan dianjurkan pada 14 Jun sebagai medan memperkukuh tekad, kesatuan dan hala tuju perjuangan Barisan Nasional di Johor,” katanya.

Dalam pada itu, Onn menerangkan mesyuarat BN hari ini platform penting untuk memperhalusi gerak kerja, mengukuhkan kerjasama antara komponen parti, serta menyusun langkah.

Sebelum ini, Onn mengumumkan BN akan bertanding di semua 56 DUN pada PRN Johor akan datang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.