Budak 9 tahun bersendirian di rumah maut jatuh tingkat 13

Budak 9 tahun bersendirian di rumah maut jatuh tingkat 13

Polis berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh penolong perubatan Hospital Ampang.

garisan polis dilarang melintas
Ketua Polis Ampang Jaya Khairul Anuar Khalid berkata pihaknya telah mengambil keterangan lima individu, termasuk keluarga mangsa dan orang awam.
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak lelaki sembilan tahun ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah bangunan di Taman Cahaya Ampang, semalam.

Ketua Polis Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid, berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bersendirian di rumah ketika kejadian.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat daripada seorang wanita tempatan kira-kira 7.45 malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa jatuh dari tingkat 13 dan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh penolong perubatan Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis telah mengambil keterangan daripada lima individu, termasuk keluarga mangsa dan orang awam.

Menurutnya, bedah siasat dijalankan di Hospital Ampang pagi tadi bagi mengenal pasti punca kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.