Grup WhatsApp menjengkelkan punca ramai ‘left group’

Grup WhatsApp menjengkelkan punca ramai ‘left group’

Anda tertanya-tanya mengapa si A atau si B keluar grup Whatsapp? Ini sebab yang paling popular.

whatsapp
fmt-ohsem-inside-article1Semakin hari semakin banyak kumpulan Whatsapp yang memenuhi ruang telefon pintar. Mana-mana kengkawan yang lebih daripada 3 orang, sudah cukup layak untuk menubuhkan satu grup WhatsApp walaupun kebanyakannya menjengkelkan. Ada grup yang sangat aktif, bukan sekadar ucapan ‘Selamat pagi’ dan ‘Selamat malam’ tetapi pelbagai perkara berfaedah dikongsi.

Namun, tersentap juga apabila ada yang keluar grup. Diam seribu bahasa selama ini tetapi apabila seseorang meninggalkan grup, ia boleh menjana satu perbualan baharu. “Diana left” dan semua orang tertanya-tanya sebabnya selain pelbagai spekulasi di sebaliknya.

Di bawah 7 sebab utama seseorang meninggalkan grup WhatsApp.

1. Mereka rasa jengkel
Ya, beberapa orang mengakui kumpulan yang terlalu aktif sebagai amat menjengkelkan. Notifikasi pesanan yang asyik berbunyi hasil perkongsian gambar peribadi seperti percutian, gambar anak-anak dan keluarga serta selfie; ada yang tidak putus-putus berkongsi gambar dan link video; ada yang menjadi ‘kaki forward’ di mana secara rambang menghantar mesej kepada semua. Bukan semua orang yang boleh tahan karenah tersebut dan akhirnya memilih untuk keluar,’exit group’ dan padam terus, ‘delete’.

2. Memori telefon tidak cukup
Bukan semua orang mempunyai telefon bimbit dengan ruang storan yang luas. Kadang-kala apabila terlalu banyak kumpulan dan tiada ruang, mereka memilih untuk keluar dari kumpulan yang sama ada mereka tidak aktif atau tidak sebulu. Cepat-cepat dapatkan kad memori atau beli telefon pintar dengan ruang storan yang luas jika anda terpaksa tinggalkan grup atas sebab di atas.

3. Terlalu sensitif
Ada orang yang tidak boleh menerima kritikan atau pandangan pedas. Sebaik mereka ditegur, apa lagi, keluar gruplah!

4. Ikut rakan
Apabila tiada rakan se’geng’ dalam kumpulan tertentu, seseorang terikut untuk tidak bersama walaupun rakan mereka sebelum ini keluar atas sebab lain. Bagi sebahagian lagi pula, memilih keluar secara berkumpulan selepas mendapati kumpulan tersebut tidak memberi sebarang manfaat.

5. Grup tidak aktif
Mudah, kalau tiada ahli kumpulan yang tergerak untuk menghantar apa-apa pesanan atau berkongsi maklumat, ini tidak termasuk ucapan selamat, maka lebih baik bye, bye!

6. Marah
Satu lagi tindakan emosi. Mereka mungkin marah dengan seseorang dalam kumpulan atau pesanan yang dihantar. Tidak mahu cerita panjang, maka mereka tinggalkan grup.

7. Masalah teknikal
Ini berlaku apabila seseorang menukar telefon atau nombor telefon. Mereka tidak tinggalkan kumpulan secara sengaja tetapi mungkin atas sebab teknikal. Ada yang terus hilang selepas itu atau ramai yang kembali.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.