
Kini, anda boleh membeli pakaian di bawah harga RM100 dengan adanya diskaun sehingga 50% oleh butik Muslimah terkenal di Bangsar, Twenty2, khas untuk jenama terpilih.
Antara jenama yang diberikan potongan harga itu adalah Aireen, Dilara, dan Locka.
Selain diskaun, hadiah misteri turut menanti 50 pelanggan pertama yang berbelanja RM200 ke atas di Twenty2.
Berikut beberapa cadangan “mix and match” yang boleh dijadikan rujukan, sebelum anda serbu membeli-belah di Twenty2.

Serlahkan sisi ranggi anda dengan tunik biru muda, Blubelle (RM89) yang direka dengan potongan belakang memanjang, dipadankan tudung Forhawwa (RM105) dan pilihan seluar untuk tampil “stylo”. Sesuai untuk pemakaian kasual atau semi-formal.

Koleksi blaus merah jambu lembut dengan hujung lengan berwarna merah jambu terang oleh Dilara (RM55) boleh disesuaikan dengan tudung Naelofar (RM89) merah jambu terang dan seluar Kami Idea (RM130) berwarna perang muda. Walaupun kasual, tetapi ia tetap kelihatan bergaya.

Anggun dan jelita dengan gabungan warna pastel dan base putih. Tudung cetak The Ciks (RM89) berwarna merah jambu digandingkan dengan blaus berwarna mint Blubelle (RM99) yang berpotongan kembang dengan lipatan pada bahagian bawah dan pergelangan tangan. Sepasang seluar palazo berwarna putih daripada Hersfera (RM110.25) turut menyerlahkan keanggunan si pemakai.

Mahukan sesuatu yang simple tetapi praktikal untuk digayakan ke pejabat? Tampil dalam gaya formal tetapi penuh karisma dalam persalinan tudung cetakan biru muda Heart & Shawl (RM185) dan blaus merah jambu (RM95) serta seluar palazzo berwarna kelabu (RM95), kedua-duanya daripada Locka.

Ingin ke majlis khas dengan persalinan glamour tetapi mengekalkan ciri tradisional? Blaus berwarna krim Aireen (RM65) sesuai dipadankan dengan skirt panjang potongan ala-kebaya juga daripada Aireen (RM75) dan tudung Onulae (RM55).
Jadi, tunggu apa lagi? Kunjungi butik Twenty2 di Lorong Maarof, Bangsar atau layari Twenty2 dan instagram Twenty2
Twenty2 dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 7 malam.