Lelaki lebih memerlukan produk penjagaan kulit muka

Lelaki lebih memerlukan produk penjagaan kulit muka

Hampir 70% dari remaja dan dewasa muda lelaki mengalami masalah seperti jerawat, liang tersekat dan kulit berminyak.

skincare1
fmt-ohsem-inside-article1Selalunya pasaran kosmetik dan kecantikan menyasarkan kaum wanita, kini mereka mungkin perlu menukar target pasarannya kepada kaum Adam.

Ini kerana satu kaji selidik HerbaLine menerusi kempen tanggungjawab sosialnya, “Be Youtiful” menyatakan lelaki mengalami lebih banyak masalah kulit di mana 70% dari mereka mengalami masalah jerawat, liang tersekat dan kulit berminyak.

Selain itu, mereka juga berdepan masalah kulit kering, bintik hitam, bintik putih dan kulit sensitif.

Menurut kaji selidik yang melibatkan hampir 4,000 pelajar kedua-dua jantina, masalah kulit yang paling biasa ialah jerawat dan kulit berminyak (2,080 pelajar), liang terbuka atau tersekat (960 pelajar) dan tona kulit tidak sekata atau pucat (720 pelajar).

“Semua masalah ini lazimnya berpunca dari pemakanan, gaya hidup seperti berjaga sehingga lewat malam dan jadual yang sibuk.

“Cuaca lembap dan pencemaran, rejim penjagaan kulit yang tidak betul juga menjadi penyumbang,” memetik kenyataan HerbaLine.

skincare2

Namun, hampir 50% pelajar yang ditemui faham dan jelas dengan maksud kulit sihat.

Berdasarkan pelajar yang dikaji, 53% bersedia menghabiskan sejumlah duit untuk untuk kelihatan baik, manakala 19% merasakan adalah perlu untuk mengekalkan kesihatan kulit setiap hari.

Hampir 23% pula berkata akan hanya beri keutamaan tersebut bergantung kepada bajet dan 5% merasakan kesihatan kulit tidak membawa sebarang kepentingan.

Kajian yang itu melibatkan pelajar dari 12 universiti utama termasuk Tunku Abdul Rahman College (TARC), Universiti Multimedia (MMU), Universiti Management & Science (MSU), HELP, Kolej Damansara Utama (KDU), Universiti Tenaga (Uniten), Universiti Sunway, Taylors, Tafe, Inti dan Kolej Ucsi.

Memasuki tahun ke-3, kempen “Be Youtiful” bertujuan menangani masalah kulit dan meningkatkan keyakinan pelajar kolej melalui satu siri jelajah ‘pengurusan kulit’.

Dalam kajian yang sama 26% pelajar berkata akan terus mengaplikasikan produk penjagaan kulit untuk mengatasi masalah kulit yang sedang dihadapi, 26% mengakui peranan pemakanan dan suplemen tambahan manakala 48% bersetuju mengenai kepentingan tidur dan bebas stress.

skincare3

Kajian itu turut mengambil kira masalah kulit paling umum iaitu jerawat.

Jerawat menjejaskan hampir 100% remaja pada satu-satu masa dan 40% orang dewasa yang berumur di antara 20 hingga 29 tahun.

Lebih 20% dari rakyat dewasa berumur di antara 30-39 tahun berdepan masalah ini manakala 5% orang yang lebih 40 tahun masih terjejas akibat jerawat.

Masalah jerawat muka adalah gangguan kulit yang biasa tetapi memberi kesan besar pada imej dan keyakinan diri.

Kehidupan yang sibuk khususnya di kalangan pelajar menjejaskan emosi, meningkatkan tekanan sehingga menjejaskan masa berehat.

Ia ternyata memberi kesan kepada kulit mereka.

Kempen “Be Youtiful” mahu pelajar menjaga kesihatan kulit dalam jangka masa panjang, isu-isu kulit atau jerawat boleh menurunkan keyakinan diri, mengakibatkan masalah interpersonal, pengangguran, kebimbangan dan kemurungan.

Siri jelajah “Jadilah Youtiful” itu menawarkan kepada pelajar perundingan percuma, tayangan, tips dan pandangan penjagaan kulit muka serta rawatan muka terkini HerbaLine, ‘Pembersihan Pantas’ yang membantu menghilangkan bintik putih dan hitam, jerawat dari T-Zone muka dalam masa hanya 20 minit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.