Jaden Smith bakal nyanyi K-pop

Jaden Smith bakal nyanyi K-pop

Beberapa hari lepas, Jaden menerusi Twitternya meluahkan hasrat dan usaha menembusi pasaran hiburan K-pop.

jaden-smith
fmt-ohsem-inside-article1Apabila Jaden Smith – anak selebriti terkenal Hollywood, Will Smith, tampil dengan kenyataan “I Just Wanna Be A K Pop Star” tahun lalu, semua orang tertanya-tanya mengenai kesahihan hasratnya.

Adakah ia benar atau setakat mainan?

Beberapa hari lepas, Jaden menerusi Twitternya mengesahkan hasrat dan usahanya menembusi pasaran K-pop.

“And Yes I Will Be Dropping A K Pop Single In The Next 4 Months,” tulisnya pada 20 April lalu dengan “retweet” lebih 22,000 kali.

Menurut laporan W Magazine, Jaden, 18, mula berminat dan mengintai pasaran K-pop sejak tahun lalu, khususnya menerusi beberapa tweet.

Pada 20 April lalu, dia memuat naik video muzik 45 saat, “A Clip From A Rock Band I’m Starting,” namun ia bukan daripada mana-mana genre di Barat, sebaliknya ialah K-Pop.

Tidak mengejutkan jika Jaden akhirnya tampil dengan album K-pop kerana dia sememangnya terkenal dengan minat dan penglibatan dalam pelbagai aktiviti di luar jangkaan.

Perkara ini disahkan selepas pertemuannya dengan kumpulan G-Dragon yang turut menjadi inspirasi Jaden untuk mencuba genre muzik dari Korea Selatan itu tahun lepas.

Jadi, tunggulah beberapa bulan lagi untuk mendengar lagu genre K-pop daripada artis Barat, khususnya Jaden.

Mana tahu, Jaden mungkin dapat membawa pembaharuan kepada peminat K-pop.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.