Model bertudung L’Oreal tukar pendirian terhadap Palestin dikecam

Model bertudung L’Oreal tukar pendirian terhadap Palestin dikecam

Amena dilapor mohon maaf dan kesal terhadap tweetnya mengecam Israel.

amena2
fmt-ohsem-inside-article1

Beberapa hari lalu, media meraikan seorang wanita Islam, Amena Khan, model bertudung pertama dari Britain dipilih sebagai duta kempen penjagaan rambut, kosmetik dan penjagaan diri gergasi dunia, L’Oreal.

Namun, peluang itu gugur selepas rantaian tweet oleh Amena beberapa tahun lalu mengecam Israel dan puak Zionis diviralkan di laman sosial mempersoal kaitan syarikat L’Oreal yang berpusat dan beribu pejabat di Israel.

Tetapi apa yang lebih mendukacitakan netizen khususnya penyokong Palestin, ialah pendekatan diambil Amena dalam segera meminta maaf terhadap mesej yang diviralkan itu.

Amena dilapor kesal terhadap tweetnya mengecam Israel, menyebabkan dia dikecam teruk penyokong Palestin seluruh dunia.

Dia menjadi mangsa serangan siber ekoran keputusannya memohon maaf terhadap tweetnya mengecam tindakan askar Zionis Israel terhadap Perang Gaza pada 2014 yang membunuh 2,104 Palestin termasuk 1,462 orang awam.

Selepas tweet tersebut kembali viral, Amena bukan sahaja keluar daripada kempen tetapi juga memadam semua tweet itu dan menyampaikan “kekesalan” memuatnaiknya 4 tahun dahulu.

Kesemua rakaman iklan tersebut juga didapati hilang daripada akaun media sosial Amena.

Tulisnya, “Dengan rasa kesal, saya bukan lagi sebahagian daripada kempen itu.

“Saya sangat kesal dengan kandungan tweet yang dimuatnaik pada 2014 dan merendah diri memohon maaf jika menyinggung dan menyakitkan mana-mana pihak terlibat,” petik kenyataan Amena.

“Menyambut perbezaan adalah pendirian saya, dan saya tidak mendiskriminasi sesiapa pun. Saya memilih untuk memadam kesemua tweet memandangkan ia tidak mewakili pegangan kesejahteraan yang saya promosikan .”

amena21
amena212

Akibatnya, Amena menerima kritikan penyokong Palestin yang menyifatkan tindakan Amena sebagai seorang tidak berpendirian.

amena2123

 

amena21234

 

amena212345

Dalam pada itu, syarikat L’Oreal Paris pula menghargai permohonan maaf Amena.

Dalam kenyataan yang diterbitkan Huffington Post, ia berkata, “L’Oreal Paris komited terhadap toleransi dan hormati semua orang. Kami bersetuju dengan keputusannya untuk meninggalkan kempen ini.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.