Lelaki berkerusi roda tiba awal, tak sabar undi di ‘kerusi panas’

Lelaki berkerusi roda tiba awal, tak sabar undi di ‘kerusi panas’

Anak lelaki Ameen Yee berkata bapanya bangun awal dan teruju untuk mengundi di kerusi panas DUN Hulu Kelang.

GOMBAK:
Lelaki berkerusi roda antara pemilih awal tiba di SK Klang Gate untuk mengundi di DUN Hulu Kelang.

Ameen Yee, 56, ditemani isteri, Noraini Ibrahim, 57, dan anak lelaki, Faizul Azhar, 36.

“Dia bangun 6 pagi tadi dan tak sabar mengundi. Kami datang awal sebab ada perkara lain nak diuruskan selepas ini,” kata Faizul

DUN Hulu Kelang menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PN Azmin Ali dan calon PH Juwairiya Zulkifli.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.