Bahan kumuh artis seni Itali bernilai RM1.16 juta

Bahan kumuh artis seni Itali bernilai RM1.16 juta

Setiap tin mengandungi 30g bahan kumuhan Piero yang awalnya ditetapkan dengan harga pasaran emas.

Piero-Manzoni-poop2-600x516
Siapa sangka, tindakan seorang penggiat seni terkemuka Itali, Piero Manzoni mengetinkan bahan kumuhnya dengan harapan untuk menjualnya dengan nilai tinggi satu masa nanti, kini berhasil.

Piero seorang artis aristokratik konvensional tetapi berubah hala tuju selepas terkesan dengan pameran seni lukisan “biru” oleh Yves Klein di Galleria Apollinaire di Milan pada 1957 sekali gus mengubah persepsinya mengenai seni.

Ketika itu Piero hanya berusia 23 tahun.

Selepas itu Piero menghasilkan pelbagai hasil seni dan salah satu daripadanya adalah mengetinkan bahan kumuhnya yang dilakukan pada tahun 1961.

Dia menggunakan kilang tin bapanya untuk menghasilkan 90 tin, semuanya ditandatangni olehnya dan dilabel sebagai “Artist’s Shit, Freshly Preserved, Produced and Tinned in May 1961”.

Setiap tin mengandungi 30g bahan kumuhan yang awalnya ditetapkan pada harga pasaran emas.

Piero-Manzoni-poop-600x619

Bayangkan Piero sebenarnya menyamakan nilai tahinya dengan emas ketika itu!

Bagaimanapun, pada 2007, galeri seni Tate di London membeli salah satu daripada 90 tin tersbeut pada harga £22,350 (RM125,587).

Macam tak boleh percaya tetapi itulah hakikatnya dan nilai kumuhannya itu kini dikhabarkan mencecah AS$300,000 (RM1.16 juta).

Sebelum ini, pada 2016 ada pembeli mendapatkan tin yang ke-54 pada harga £182,500 (RM1.03 juta).

Semoga berita ini tidak memberi ilham kepada mana-mana individu untuk membuat perkara sama… tolonglah!

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.