
Wakilnya, Arun Dorasamy berkata pihaknya bimbang selepas menerima maklumat kes itu akan dikelaskan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) selepas 9 bulan penahanan individu yang bertanggungjawab menguruskan kuil berkenaan.
“Kita mahu Ketua Pesuruhjaya Latheefa Koya menubuhkan satu pasukan khas. Kenapa? Sebab kes tanah ini bukan sekadar itu tapi berkaitan dengan penyelewengan duit kuil.
“Ada 10,000 tandatangan telah dikumpulkan ingin satu penyiasatan menyeluruh yang betul-betul telus mengenai perkara ini,” katanya kepada FMT di ibu pejabat SPRM hari ini.
Pada 4 Mac lalu, SPRM menyerbu rumah pegawai jawatankuasa yang menguruskan kuil Hindu di Batu Caves, difahamkan berkaitan tuduhan berhubung pembangunan sebidang tanah di Kuala Lumpur yang dimiliki kuil Sri Mahamariamman Devasthanam.
Arun berkata memorandum hari ini juga meminta SPRM memanggil pihaknya dan pihak berkaitan pengurusan kuil untuk membantu siasatan.