32 berparti antara 88 ditahan ingkar PKPP

32 berparti antara 88 ditahan ingkar PKPP

Daripada jumlah itu seramai 84 individu dikompaun manakala 4 direman.

PETALING JAYA:
Polis menahan 88 individu semalam termasuk 32 terbabit dalam parti persendirian atas kesalahan ingkar perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 84 individu dikompaun manakala 4 direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk gagal menyediakan peralatan atau catatan keluar masuk (31), tidak memakai pelitup muka (15), premis beroperasi lebih masa (3), serta aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (7),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata semalam polis mengadakan 434 pemeriksaan terhadap individu yang menjalani kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.

Beliau berkata, semua individu yang dikuarantin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.