Dzulkefly, Johari, Gobind kembali ke Kabinet

Dzulkefly, Johari, Gobind kembali ke Kabinet

Dzulkefly Ahmad dilantik semula sebagai menteri kesihatan, portfolio yang pernah dipegangnya antara 2018 dan 2020.

Johari Ghani dan Dzulkefly Ahmad dan Gobind Singh Deo berpengalaman sebagai menteri persekutuan dalam pentadbiran sebelum ini.
PETALING JAYA:
Tiga bekas menteri Dzulkefly Ahmad, Johari Ghani dan Gobind Singh Deo kembali menganggotai Jemaah Menteri dalam rombakan pertama di bawah pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dalam pengumuman dibuat Anwar, Dzulkefly daripada Amanah mengambil alih portfolio kesihatan daripada Dr Zaliha Mustafa. Ahli Parlimen Kuala Selangor itu pernah memegang jawatan itu dari 2018 hingga 2020.

Johari, Ahli Parlimen Titiwangsa pula dilantik sebagai menteri perladangan dan komoditi yang sebelum ini disandang Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.

Naib presiden Umno itu pernah memegang jawatan menteri kewangan kedua dari 2016 hingga 2018.

Sementara itu, Gobind, Ahli Parlimen Damansara dilantik menteri digital.

Anwar mengumumkan Fadillah bertukar portfolio ke Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, iaitu kementerian baharu dipecah dua daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Sebuah lagi pecahan kementerian itu kini dikenali sebagai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang diterajui Nik Nazmi Nik Ahmad.

Berikut senarai penuh anggota Jemaah Menteri:

Perdana menteri
Anwar Ibrahim (PKR-PH)

Timbalan perdana menteri
Zahid Hamidi (Umno-BN)
Fadillah Yusof (PBB-GPS)

Menteri kewangan
Anwar Ibrahim (PKR-PH)

Menteri kewangan II
Senator Amir Hamzah Azizan

Menteri ekonomi
Rafizi Ramli (PKR-PH)

Menteri pertahanan
Khaled Nordin (Umno-BN)

Menteri dalam negeri
Saifuddin Nasution Ismail (PKR-PH)

Menteri pelaburan, perdagangan dan industri
Senator Tengku Zafrul Aziz (Umno-BN)

Menteri pendidikan
Fadhlina Sidek (PKR-PH)

Menteri pengangkutan
Loke Siew Fook (DAP-PH)

Menteri pertanian dan keterjaminan makanan
Mohamad Sabu (Amanah-PH)

Menteri kesihatan
Dzulkefly Ahmad (Amanah-PH)

Menteri pelancongan, seni dan budaya
Tiong King Sing (PDP-GPS)

Menteri pembangunan kerajaan tempatan
Nga Kor Ming (DAP-PH)

Menteri luar negeri
Mohamad Hasan (Umno-BN)

Menteri pendidikan tinggi
Senator Zambry Kadir (Umno-BN)

Menteri sumber manusia
Steven Sim (DAP-PH)

Menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup
Armizan Ali (GRS)

Menteri pembangunan usahawan dan koperasi
Ewon Benedick (Upko-PH)

Menteri kemajuan desa dan wilayah
Zahid Hamidi (Umno-BN)

Menteri kerja raya
Alexander Nanta Linggi (PBB-GPS)

Menteri sains, teknologi, dan inovasi
Chang Lih Kang (PKR-PH)

Menteri perladangan dan komoditi
Johari Ghani (Umno-BN)

Menteri sumber asli dan kelestarian alam
Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-PH)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Nancy Shukri (PBB-GPS)

Menteri perpaduan negara
Aaron Ago Dagang (PRS-GPS)

Menteri belia dan sukan
Hannah Yeoh (DAP-PH)

Menteri komunikasi
Fahmi Fadzil (PKR-PH)

Menteri digital
Gobind Singh Deo (DAP-PH)

Menteri peralihan tenaga dan daya guna awam
Fadillah Yusof (GPS)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi)
Azalina Othman Said (Umno-BN)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
Dr Zaliha Mustafa (PKR-PH)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama)
Senator Na’im Mokhtar

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.