
Bekas menteri undang-undang berkata, ketika terdapat isu antara kaum di negara ini, kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sepatutnya dapat memberi perubahan dalam politik.
“Sayang sekali MCA dan MIC memutuskan untuk tidak mengambil bahagian di Kuala Kubu Baharu,” katanya catatan di X.
“Negara memerlukan suara baru BN tetapi pemimpin MCA dan MIC tidak melihat keperluan untuk mengisi kekosongan dalam politik negara.”
Beliau mengulas laporan terbaharu bahawa MCA dan MIC tidak akan berkempen di PRK Kuala Kubu Baharu jika calon kerajaan perpaduan bukan daripada BN.
Menurut Zaid, orang Melayu tidak mempunyai masalah dengan MIC dan MCA kerana mereka menyokong kedua-dua parti itu ketika BN berkuasa.
“Melayu tidak anti-Cina atau anti-India. Mereka menerima MCA dan MIC selama (lebih dari) 50 tahun,” katanya.
Katanya, formula BN juga berjaya mengekang politik perkauman dan menjaga kestabilan kerajaan.
“Orang Melayu berasa selesa bahawa mereka menguasai kerajaan. Bukan Melayu tidak gembira tetapi tidak berasa terancam, dan perniagaan berjalan baik untuk semua orang.
“Kerajaan stabil memerlukan kerajaan yang dipimpin oleh Melayu (dalam erti kata sebenar) yang memberi keutamaan kepada pembangunan perniagaan. Ia hanya berkesan bawah model BN tetapi dengan (beberapa) pengubahsuaian,” katanya.
Zaid berkata, ini bertentangan dengan bagaimana perasaan Melayu terhadap kerajaan perpaduan, kerana mereka melihat Cina dalam DAP berbeza dengan MCA dan DAP.
“Mereka tidak percaya bahawa pentadbiran ketika ini adalah kerajaan yang dipimpin oleh Melayu. Mereka percaya DAP yang mengawal,” katanya.
Katanya, orang Melayu juga bimbang DAP sebagai parti yang mahu memusnahkan kuasa politik orang Melayu.