Optimumkan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang

Optimumkan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang

Baru-baru ini beberapa ahli akademik dan badan bukan kerajaan mencadangkan beberapa alternatif kepada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.

penang-transport-master-plan-1

Oleh Roger Teoh

Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) ialah projek bawah kerangkaan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menyelesaikan masalah pengangkutan bandar di negeri itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini beberapa ahli akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan beberapa alternatif kepada PTMP.

Adakah bantahan berterusan pihak akademik dan NGO tentang projek cadangan kerajaan ini menggesa perbincangan yang lebih mendalam tentang PTMP? Jika ya, apakah tahap kemampuan dan ketercapaian alternatif tersebut?

Artikel ini menggariskan persoalan ini dan ulasan beberapa sudut PTMP dengan pandangan yang bebas daripada pengaruh mana-mana pihak.

Kesan sampingan PTMP

Tiga projek lebuh raya yang dicadangkan kerajaan negeri di bawah PTMP ialah Lebuhraya Pesisir Pantai Tanjung Bungah – Teluk Bahang, Lebuhraya Pintasan Air Itam – Tun Dr Lim Chong Eu dan Gurney Drive – Lebuhraya Pintasan Persiaran Tun Dr Lim Chong Eu.

Walaupun ketiga-tiga projek ini memberi fokus kepada usaha murni kerajaan negeri untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas pada masa depan, kajian pengangkutan dan sastera menunjukkan pembangunan lebuh raya berlebihan di mana-mana kota sekalipun akan mengundang kesan peningkatan penggunaan automobil dan kebergantungan.

Projek ini sudah pasti akan memudahkan hubungan antara bandar bagaimanapun, masalah trafik seperti kesesakan lalu lintas dan tempat letak kereta yang terhad di dalam bandar akan menjadi lebih teruk.

Hal ini boleh dijelaskan dengan penemuan Kodukula (2010), lebuh raya dua hala ke pusat bandar menyebabkan penambahan jumlah kenderaan di jalan biasa sebanyak 10,000 kenderaan sehari akan menyebabkan masalah lalu lintas di kawasan setempat menjadi semakin buruk.

Untuk menyelesaikan permasalahan trafik di dalam bandar, lebih banyak jalan dan tempat letak kereta perlu disediakan bagi menampung bilangan kenderaan yang dijangkakan akan terus meningkat.

Bagaimanapun, ruang kosong yang terhad di dalam kawasan bandar menyebabkan kos meningkat dan tidak praktikal untuk terus memenuhi ruang tersebut dengan lebih banyak jalan dan tempat letak kereta.

Pada masa kini, permasalahan itu menunjukkan kesan di Lebuhraya Ekspres Lim Chong Eu dan Persimpangan Keluar Weld Quay.

Sementara itu, cadangan lain untuk membahagikan jalan berdekatan dengan persimpangan keluar mengikut gred sebagai penyelesaian kepada masalah tersebut akan hanya memanjangkan masalah lalu lintas lebih jauh dalam rangkaian lebuh raya.

Oleh itu, penyelesaian secara anjakan paradigma diperlukan untuk menyelesaikan masalah lebuh raya ini, bukanlah dengan cara bergantung kepada projek membaik pulih lebuh raya berkos tinggi untuk pulangan margin dan hasil berkurangan.

Ulasan tentang alternatif kepada cadangan PTMP

Ahli akademik secara umumnya mencapai satu konsensus menentang pembinaan lebuh raya PTMP yang berlebihan di Pulau Pinang. Namun, beberapa alternatif penyelesaian dicadangkan untuk menyelesaikan masalah pengangkutan bandar adalah agak tidak teratur.

Sebagai contoh, Dr Dorina Pojani dari Universiti of Queensland mencadangkan sistem Bus Rapid Transit (BRT), yang mana tidak boleh dilaksanakan disebabkan kurangnya jalan yang luas seperti di bandar Amerika Selatan.

Selain itu, Penang Forum terutamanya Dr Lim Mah Hui mencadangkan trem moden untuk dibina di seluruh negeri.

Cadangan ini sekali lagi tidak boleh dijalankan jika dilihat dari sudut politik kerana akan menyebabkan bantahan orang awam berikutan penalti yang dikenakan akibat pengurangan kapasiti jalan sedia ada.

Oleh kerana peralihan kepada mod pengangkutan mampan tidak terjadi dalam masa semalaman, kesesakan lalu lintas dijangka akan menjadi lebih buruk dalam masa depan, terutamanya pada fasa pembinaan dan peringkat pertama operasi trem moden.

Penyelesaian yang optimum

Penskalaan semula lebuh raya merupakan penyelesaian yang seimbang dan optimum untuk menyelesaikan masalah pengangkutan bandar secara holistik, di samping memperuntukkan semula pelaburan ke atas pembinaan laluan LRT yang lebih bergred dan cadangan Lapangan Terbang Pulau Pinang ke laluan Komtar.

Oleh kerana penyelesaian optimum mengekalkan dan meluaskan lagi konsep asas LRT seperti dicadangkan dalam PTMP, ia hanya melibatkan lelaran yang kecil dan bukannya pendekatan perubahan secara radikal yang mana menjadikan penyelesaian ini lebih praktikal, realistik dan boleh dicapai.

Walaupun sebelum ini saya menyokong pembinaan lebuh raya yang dicadangkan PTMP, penemuan terbaru kajian saya serta pemahaman terperinci tentang penjajaran lebuh raya mendorong kepada perubahan pendapat dan memfokuskan kepada penskalaan semula lebuh raya baharu di negeri ini.

Walaupun begitu, harus ditekan penskalaan semula lebuh raya tidak bermakna meletakkan sekatan kepada pembinaannya. Hal ini konsisten dengan konsep asas yang menyatakan lebuh raya hanya perlu dibina atas tujuan lencongan trafik, berserta dengan menghubungkan kawasan yang kurang ketercapaian.

Sebagai contoh, jalan bulatan di George Town penting untuk melencongkan kenderaan trafik dari pusat sejarah. Ini akan mengurangkan kesesakan lalu lintas, serta memberi laluan kepada trem beroperasi pada paras jalan raya di dalam kawasan warisan Unesco, yang mana tidak akan menyalahgunakan atau membahayakan kawasan warisan yang berprestij kesan daripada pembangunan PTMP.

Seterusnya, pembinaan lebuh raya yang dirancang secara terperinci boleh dimanfaatkan untuk membuka kawasan yang kurang ketercapaian seperti Batu Feringghi. Oleh kerana tahap ambang ketumpatan bandar untuk servis transit awam untuk menjadi berdaya maju disebutkan dalam anggaran 3500 orang/km2 (, kurangnya ketumpatan di Batu Feringghi menyebabkan penyediaan pengangkutan awam di tahap yang lebih tinggi tidak mampu dilaksanakan atas kurangnya permintaan.

Selain itu, kawasan seperti Air Itam dan Farlim mempunyai ketumpatan bandar melebihi tahap ambang 3500 orang/km2 cukup tinggi untuk menampung kualiti servis pengangkutan awam seperti sistem LRT berasaskan kereta api, pembinaan baru pintasan yang menghubungkan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu adalah tidak perlu dan tidak efisien.

Secara ringkasnya, kedua-dua PTMP yang dicadangkan kerajaan negeri dan Penang Forum adalah projek yang berlebihan. Terutamanya jumlah lebuh raya yang dicadangkan dalam PTMP berlebihan akan menyebabkan kesan tidak diingini seperti meningkatnya mod pengangkutan kereta kepada tahap tidak mampan.

Selain itu, alternatif dibangkitkan Penang Forum mencadangkan sekatan menyeluruh kepada pembinaan lebuh raya, berserta dengan trem pada paras lantai di seluruh negeri yang tidak realistik dan tidak boleh dilaksanakan.

Hal paling penting ialah kunci kepada permasalahan yang buntu ini ialah dengan menjalankan penskalaan semula pembinaan lebuh raya seimbang, di samping memperkenalkan laluan LRT lebih bergred.

Walau apa sekalipun, dengan kewujudan cadangan PTMP, bukan saja Pulau Pinang akan gagal untuk mencapai 40% saham pengangkutan awam menjelang 2030, penemuan kajian berdasarkan kajian kes dan analisis statistik atas 100 bandar terpilih memberi gambaran sasaran ini akan tidak tercapai dengan margin yang besar, dalam lingkungan 20% kepada 30%.

Roger Teoh ialah pelajar pascasiswazah PhD di Centre of Transport Studies, Imperial College London.

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.