Polis ditegah buat pemeriksaan rambang ke atas warga asing, kata KPN

Polis ditegah buat pemeriksaan rambang ke atas warga asing, kata KPN

Ia bagi mengelakkan segelintir pegawai dan anggota polis menyalahgunakan kuasa mereka.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis tidak boleh menahan warga asing sesuka hati untuk tujuan reman selama dua minggu atas alasan untuk mengesahkan sama ada pasport atau dokumen yang dicap Jabatan Imigresen tulen atau sebaliknya. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau akan mengeluarkan arahan menegah pegawai atau anggota polis membuat pemeriksaan ke atas warga asing secara rambang.

Beliau berkata, ia bagi mengelakkan segelintir pegawai dan anggota polis menyalahgunakan kuasa mereka.

“Saya akan mengeluarkan arahan untuk dihentikan serta-merta perbuatan itu, iaitu memeriksa mereka (warga asing) secara rambang tanpa alasan yang munasabah.

Selain itu, polis juga tidak boleh menahan mereka sesuka hati untuk tujuan reman selama dua minggu atas alasan untuk mengesahkan sama ada pasport atau dokumen yang dicap Jabatan Imigresen adalah tulen atau sebaliknya,” katanya semalam.

Acryl Sani berkata, amalan dan budaya sedemikian adalah satu daripada ruang yang boleh membawa kepada salah guna kuasa oleh polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.