
Sumber SPRM berkata, lelaki yang berusia 50-an itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Klang kira-kira 4 petang.
Penjawat awam itu didakwa menggunakan keduduknya untuk mempengaruhi pengurusan Badan Kebajikan Guru-Pekerja (BKGP) sekolah di Selangor itu bagi mengeluarkan wang sumbangan zakat dari sebuah bank kira-kira RM70,000 untuk bantuan anak asnaf.
Bagaimanapun, sumber berkata, wang sumbangan zakat itu digunakan untuk kegunaan sendiri.
Katanya, lelaki yang kini bertugas di sebuah sekolah lain di Selangor itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada 9 pagi esok untuk permohonan reman.
Pengarah SPRM Selangor, Alias Salim ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.