Purata pendapatan meningkat tahun depan, kata Jabatan Perangkaan

Purata pendapatan meningkat tahun depan, kata Jabatan Perangkaan

Mohd Uzir Mahidin berkata corak pemulihan bagi setiap sektor ekonomi negara dijangka tidak sekata dan akan mempengaruhi gaji dan upah.

Mohd Uzir Mahidin berkata, Jabatan Perangkaan amat yakin purata pendapatan yang diukur dari segi gaji dan upah akan meningkat. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Purata pendapatan dijangka meningkat tahun ini tetapi bergantung kepada corak pemulihan ekonomi negara, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin berkata, corak pemulihan bagi setiap sektor ekonomi negara dijangka tidak sekata dan akan mempengaruhi gaji dan upah.

“Jika kita (negara) berjaya dalam usaha untuk mempertingkatkan ekonomi digital dan pembangunan teknologi dalam aktiviti ekonomi dalam jangka masa panjang, kita amat yakin purata pendapatan yang diukur dari segi gaji dan upah pasti akan meningkat.

“Tetapi ia bergantung bagaimana kita merealisasikannya dalam jangka masa sederhana. Dalam jangka masa pendek, keutamaan yang diberikan adalah kepada pekerja kembali bekerja dalam sektor perniagaan (yang terjejas),” katanya selepas mengumumkan laporan sosioekonomi negeri tahun 2020 secara maya, hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.