Himpunan pembangkang: 5 lagi Ahli Parlimen selesai beri keterangan

Himpunan pembangkang: 5 lagi Ahli Parlimen selesai beri keterangan

Mereka terdiri daripada Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran, Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Baharu), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Salahuddin Ayub (Pulai) dan Gobind Singh Deo (Puchong).

Ahli Parlimen pembangkang berada di Dataran Merdeka selepas mereka dihalang ke Parlimen Isnin lalu.
KUALA LUMPUR:
Lima lagi Ahli Parlimen pembangkang selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini berhubung perarakan ke bangunan Parlimen baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Delihan Yahaya ketika dihubungi berkata, mereka terdiri daripada Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran, Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Baharu), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Salahuddin Ayub (Pulai) dan Gobind Singh Deo (Puchong).

Kelmarin, enam Ahli Parlimen pembangkang hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan, manakala tiga lagi berbuat demikian semalam.

Isnin lepas, Ahli Parlimen pembangkang cuba memasuki perkarangan bangunan Parlimen bagi mendesak sidang khas disambung semula, walaupun ia ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan penularan Covid-19.

Kumpulan itu kemudian bersurai tanpa sebarang kekecohan selepas diarahkan polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.