
Ismail yang tiba pada jam 8.30 malam meninggalkan mesyuarat tertutup dengan Ahli Parlimen Umno pada jam 10.45 malam tadi.
Antara yang menghadiri mesyuarat tertutup itu adalah Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, Presiden MCA Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kota Tinggi Halimah Mohamed Sadique.
Bagaimanapun, Ismail enggan mengulas mengenai tujuan perjumpaan itu.
Terdahulu, Ismail dilantik sebagai perdana menteri baharu menggantikan Muhyiddin Yassin, yang meletak jawatan pada 16 Ogos lalu.
Pelantikan Ismail ke jawatan nombor satu itu diumumkan Istana Negara, dalam kenyataan, petang tadi.
Naib presiden Umno itu dijangka dilantik sebagai perdana menteri esok, pada jam 2.30 petang.