
Rakaman seorang individu bertongkat membantu membersihkan sampah di atas jalan dikongsi di TikTok semalam dan lelaki itu juga dilihat sedang membantu pengguna jalan lain mengambil barang peribadi yang tenggelam.
“Dia patut menjadi contoh kepada kita semua,” komen seorang pengguna TikTok.
Beberapa jalan di pusat bandar Kuala Lumpur dilaporkan tenggelam semalam akibat hujan lebat yang melanda dua hari berturut-turut.
Manakala sebuah lagi video turut menjadi tular di WhatsApp dan TikTok menunjukkan seorang lelaki membuang sisa yang tersangkut dalam longkang dengan menggunakan kayu.
Gambar pekerja Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL yang sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan banjir pada paras lutut juga dikongsi secara meluas di Facebook.
“Mereka patut diberikan bonus lebih tinggi berbanding pekerja lain,” komen seorang pengguna.
Ramai pengguna Facebook turut mengucapkan terima kasih kepada DBKL atas tindakan pantasnya.
“Bagi warga KL, hormati mereka. Wira tidak didendang,” komen seorang pengguna lagi.
Manakala itu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang membantu orang ramai turut menerima pujian di Twitter atas tindakan pantas mereka.