
Beliau didakwa menerima wang tersebut daripada bekas perdana menteri Najib Razak pada 2013 dan 2014.
Peguam Shafee, Harvinderjit Singh berkata, Sri Ram yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan tidak menghadiri perbicaraan sejak ia bermula di Mahkamah Tinggi tahun lalu.
“Pihak pendakwaan juga menyatakan bahawa Sri Ram tidak lagi akan menghadiri prosiding itu. Rayuan itu tidak sah (nugatory),” katanya kepada FMT sebagai jawapan kepada Shafee yang memfailkan notis pemberhentian rayuannya yang dijadualkan didengar di Mahkamah Rayuan esok.
Harvinderjit berkata, mereka “dapat apa yang dimahukan kerana permohonan itu pada dasarnya adalah untuk menggugurkan Sri Ram daripada mendakwa Shafee”.
Pada 23 April 2019, hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah memutuskan bahawa beliau tidak menemui sebarang merit untuk mencadangkan bahawa Sri Ram mempunyai konflik kepentingan atau beliau akan berat sebelah terhadap Shafee.
Shafee mengaku tidak bersalah di mahkamah pada September 2018 atas dua tuduhan pengubahan wang haram dan dua pertuduhan membuat kenyataan palsu membabitkan RM9.5 juta yang diterimanya daripada Najib.
Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz yang kini mendakwa Shafee di hadapan hakim Jamil Hussin berkata, pegawai penyiasat akan dipanggil sebelum pihak pendakwaan menutup kesnya.