Kuala Muda, Kedah antara kawasan terima amaran cuaca buruk pagi ini

Kuala Muda, Kedah antara kawasan terima amaran cuaca buruk pagi ini

Amaran cuaca buruk dikeluarkan MetMalaysia itu juga melibatkan Pulau Pinang; dan Kerian, Perak.

Amaran cuaca buruk dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
PETALING JAYA:
Kuala Muda, Kedah ialah antara kawasan yang menerima amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan di Facebook, amaran cuaca buruk juga melibatkan Pulau Pinang; dan Kerian, Perak.

Empat kawasan di Sabah, iaitu Tawau, Lahad Datu, Sandakan, dan Kinabatangan, turut terbabit.

“Amaran cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga jam 10 pagi ini,” kata MetMalaysia.

Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.