
Setiausaha Polis, Noorsiah Saaduddin, berkata, lelaki berumur 35 tahun itu dipercayai memuat naik hantaran itu menerusi akaun “Indera Mulia” pada 20 Apr lalu.
Dia ditahan di sebuah rumah di Puchong.
“Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas satu buah telefon bimbit jenama Samsung dan satu keping simcard RedONE,” katanya dalam kenyataan.
Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat pada 25 April di IPD Dang Wangi.
“Siasatan kes dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di bawah Seksyen Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.
Noorsiah menasihatkan orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial dengan mengeluarkan kenyataan yang mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci kepada agama, bangsa, kaum, raja, dan seumpamanya yang boleh membawa kepada ketidakharmonian.