
Perkara itu ditegaskan Presidennya Dominic Lau, juga timbalan pengerusi Perikatan Nasional (PN) diketuai Muhyiddin Yassin.
Bercakap kepada FMT, Dominic mengajak rakyat Malaysia menolak kenyataan boleh memecahbelahkan keharmonian kaum oleh Mahathir yang disifatkan tidak bertanggungjawab dan menyeleweng sejarah.
“Beliau (Mahathir) cuba guna isu perkauman untuk membangkitkan emosi rakyat serta ‘melebarkan’ lagi jurang perbezaan antara orang Melayu dengan kaum lain.
“Orang bukan Melayu tidak pernah membuat tuntutan sedemikian, sebaliknya hanya mengharapkan penyertaan dalam pembangunan negara,” kata sambil menyifatkan Mahathir hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan perbuatannya.
Semalam, bekas perdana menteri itu dilaporkan mendakwa ada percubaan orang “dari negara lain” untuk mengubah Malaysia daripada “Tanah Melayu” menjadi sebuah negara berbilang kaum.
Mahathir, yang juga bekas pengerusi Bersatu dipetik berkata, “orang ini” tidak mengiktiraf orang Melayu sebagai “pengasas dan pembangun” Malaysia.