
Menteri kewangan itu memberi jaminan sebarang rasionalisasi subsidi tidak akan membebankan golongan berpendapatan menengah dan bawahan.
“Ini kerana sebarang penyesuaian membebankan tentu akan menambah beban sedia ditanggung golongan miskin,” katanya ketika sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat.
Beliau berkata, perincian mengenai isu percukaian dan penambahan pendapatan negara akan dibentangkan dalam Belanjawan 2024 bagi membolehkan kerajaan berbelanja mengikut keupayaan.
Mengenai pengecualian cukai batik, katanya, kerajaan menyediakan pengecualian duti import ke atas kain sutera putih, rayon dan voile serta kain kapas putih.
Beliau berkata, pengecualian duti import boleh dituntut daripada Jabatan Kastam dengan butiran 62 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017.