
Remaja lelaki berusia 16 tahun itu didakwa menyebabkan kematian Muhammad Hafdan Mohd Qurbani Azhar di surau An-Nadwah Kompleks Asrama Cempaka Permata Camar, Jalan Pantai Sepat, antara 3.45 petang dan 4.15 petang, 20 Mac lepas.
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Majistret Ainis Abu Hassan Shaari menetapkan 1 Julai untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fadhlin Hani Khairon manakala remaja terbabit diwakili peguam, Mohd Najid Husain.
Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dipercayai selepas disepak, dicekik dan dihempas oleh seorang individu dalam kejadian yang didakwa melibatkan wang RM4.
Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf, dilaporkan berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan hentakan di kepala.