
“Yes (ya),” jawab naib presiden PKR itu melalui WhatsApp apabila diminta mengesahkan mengenai pembebasan Anwar Selasa ini.
Anwar dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2015 menolak rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya serta hukuman penjara 5 tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat berkata Agong Sultan Muhammad V menyatakan kesediaan untuk memberi pengampunan segera kepada Anwar Ibrahim.
“Ia adalah pengampunan penuh, yang juga bermaksud beliau bukan sahaja diberi pengampunan tetapi juga akan dibebaskan dengan segera apabila mendapat pengampunan,” kata Dr Mahathir.