
Kehadiran pesawat dan helikopter di kawasan berkenaan adalah sebahagian daripada latihan dan demonstrasi keupayaan operasi khas dilakukan TUDM bermula hari ini hingga Isnin.
Bahagian Perhubungan Awam TUDM melalui satu kenyataan media hari ini memaklumkan latihan itu adalah bagi menguji tahap keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan berkenaan dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara.
Sepanjang tempoh latihan itu berjalan, sejumlah jet pejuang dan helikopter akan melakukan operasi penerbangan rendah dan taktikal di sekitar kawasan terbabit.
Selain itu, penduduk juga dinasihatkan tidak cemas jika terdengar bunyi letupan atau tembakan senjata api yang juga sebahagian daripada latihan sepanjang tarikh berkenaan.