
Ia bagi mengelakkan pertindihan tugas dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang selama ini menjadi punca masalah banjir kilat gagal dibendung, katanya lagi.
“Perbalahan antara PBT dan JPS (dalam isu penyelenggaraan kolam takungan) adalah antara punca masalah ini (berterusan).
“Maka sebagai pemimpin, kita perlu ambil keputusan tegas. Kerajaan negeri memutuskan untuk menyerahkan tugas penyelenggaraan ini kepada JPS,” katanya.
Katanya lagi, usaha itu sudah mula membuahkan hasil apabila kerja pembesaran Sungai Jelok di Kajang oleh JPS menyebabkan daerah itu “bebas banjir kilat sejak beberapa bulan lalu”.
Untuk membantu JPS, katanya lagi, kerajaan negeri memperuntukkan belanjawan sebanyak RM80 juta kepada jabatan itu bagi tahun ini, berbanding RM47 juta pada tahun 2015.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Bas Smart Selangor di sini, pagi tadi.
Ampang Jaya adalah kawasan kelima mendapat perkhidmatan itu, selepas Kajang yang dilancarkan semalam dan Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya pada 1 Julai tahun lalu.